Assalammualaikum w.b.t
hari ni tetiba tertengok drama 'syurga cinta' .. tetiba astro tayangkan pula. jadi dari ddk melepak didalam bilik tanpa arahan tujuan, baik aku layan cerita tu... dari cerita tu banyak moral of the story yang aku rasa ada baiknya aku kongsikan dengan para pembaca entry ni..
Yang pertama berkaitan dengan jodoh.. jodoh ni ada 3 iaitu jodoh dari syaitan, jodoh dari jin dan jodoh dari allah..
- Jodoh dari syaitan adalah yang mana perhubungan d mulakan dengan perkenalan.. d ikuti dengan melakukan maksiat seperti bzina.kemudian si gadis mengandung. dan mereka berkahwin setelah gadis itu didapati mengandung anak c lelaki.
- Jodoh dari jin adalah sebagaimana seorg lelaki/perempuan menyintai seseorg, namun org itu tidak mencintainya, dengan kata lain tidak membalas cinta lelaki/perempuan tu, maka di sihirnya perempuan/lelaki itu akan mcintainya lalu berkahwin.
- Jodoh dari Allah adalah dimana si lelaki dan si gadis berpandangan. lalu timbul satu perasaan syg n cinta. kemudian si lelaki datang meminang perempuan tersebut dan perempuan itu menerima si lelaki tersebut..
selalunya cinta dari syaitan ini banyak.. walaupun tidak smpai gadis itu mengandung, namun maksiat banyak d lakukan...
kita manusia banyak melakukan kesalahan n kesilapan kerana manusia itu dicipta sebagai makhluk yg tidak sempurna..
yang kedua berkaitan redha.. sekiranya orang yang hadir dalam hidup kita meninggalkan kita, walaupun org tsebut pernah hadir untuk membahagiakan kita, kita kena redha akan kehilangannya.. mungkin ada sebab kenapa dia tinggalkan kita. mungkin ada sebab allah buka hatinya untuk tinggalkan kita.. mungkin ada sebab kenapa allah rancangankan semua ni.. semua yang berlaku ada hikmahnya.. semua yg hadir dalam hidup kita ada reason nya..
aku juga makhluk allah yang tidak terlepas melakukan kesilpan kerana ketidaksempurnaan ku.. aku pun d tinggalkan oleh org yg aku sayang.. ya, syukur alhamdulillah aku mulai redha dengan semua ini. Allah telah aturkan yang terbaik untuk aku.. mungkin dia mahu aku lebih mendekatkan diri kepadanya... walaupun hati masih sakit n merindui insan tersebut, ya aku yakin aku boleh kuat untuk meneruskan idup ni.
allah ada untuk kita.. senantiasalah berdoa kepada allah, lagi2 ketika dalam kesenangan dan kegembiraan.. kerana allah akan mudah membantumu ketika kau bdoa dalam kesedihan.. in shaa allah..
pada entry kali ini cuma ini sahaja yg dapat aku kongsikan kepada kamu semua.. sekiranya ada kesilapan , maafkan aku.. aku maafkan semua yg bsalah kepada ku... semoga kita memperbaiki ahklak n peribadi hidup kita.. awal muharram bakal tiba dimana tahun baru untuk umat islam.. sampai disini coretan dari ku.. wassalam..
by hand,
Miss D_
No comments:
Post a Comment