f Assalammualaikum w.b.t: November 2013

Thursday, 28 November 2013

P/S : I still love u Mr.AJ..

assalammualaikum w.b.t

aku pernah bercinta dengan seorang hamba allah ini.. he is mr.A ... ya, dia muda dari aku... 2 tahun muda dari aku.. junior aku.. yes, aku senior dia. percintaan kami ni mmg allah yang aturkan... dia yang mulanya mengejar aku, aku rasakan ianya menakutkan aku dan hanya ingin mempermainkan aku.. namun, suatu masa. ketika aku habis waktu kelas. aku melalui surau kolej untuk menunaikan solat.. waktu tu, aku melihat dia sedang solat. pada masa yang sama dia menjadi imam pada beberapa makmum disana. ya allah.. pada masa itu, ketika itu, waktu itu, rasa sayang n cinta pada dia menjelma.. aku seakan2 ingin mengenali n mendekati dia..

ya setelah sebulan lebih berkawan, tanggal 13.6.2012, aku kapel dengan dia... ya, mmg ramai yg pelik sebab aku senior dia tapi dia kata, biarkan org mngata. yg penting kita gembira.. aku tersenyum.. thanks awk sebab terima sya seadanya.. kami makin rapat sebab dia dan sya merupakan penari kolej. dan segala aktiviti yang kolej jalankan, dia dan sya akan menyertainya.. seluruh kolej tahu akan hubungan kami sehinggakan ada lecture yang tidak menyukainya... kami biarkan sebab yg gembira kami bukannya mereka..

masa d shah alam. banyak benda yang dia lakukan.. banyak benda dia berikan... semata2 untuk kegembiraan aku.. banya benda dia korbankan.. banyak benda dia lakukan.. semata2 untuk kebahgian aku.. lagi beberapa bulan, sya perlu LI (latihan klinikal).. ya mmg akan memisahkan kami.. seorang d seremban.. seorang d s.alam.. masa tu kami bjanji, apa pun jadi kena jaga hubungan ni,..

masa d seremban. selama 10bulan sya LI, setiap 2 minggu kami jumpa.. sunway piramid, the mines, midvalley, KLCC.. kami akan bjumpa salah satu tempat ni.. ya, makan minum tgk wayang bowling. semua kami lakukan dalam masa sehari.. petang menjelma, aku pon balik ke seremban.. dia pon balik s.alam.. alhamdulillah. masa ni kami masih okay.. setiap apa berlaku, kami harung bersama.. 

setelah selesai Li.. aku ada masa 2 minggu stay s.alam sebab seminggu adalah hari terakhir utk aku mengambil peperiksaan selepas LI.. waktu tu puasa.. kami x banyak meluangkan masa. even d kolej, kami akan belajar sendiri2, ikut kawan sekelas sendiri2.. ya cuma kami akan bjumpa bila waktu berbuka puasa... sempat juga kami keluar bersama. shopping raya... sempat kan.. sebelum tanggal 29.7.2013, iya itu tanggal flight aku balik sabah.. sebelum aku balik, macam2 janji kami da buat,, ya ini masanya allah uji percintaan jarak jauh itu mcm mna.. selalunya kami jauh mcm mna pon ttp akan bjumpa. tapi aku yakin, bila da aku balik sabah. mmg xkan ada peluang bjumpa lagi... ya aku takut bila aku jauh, aku akan kehilangan kau...macam2 dalam benak fikiran ku yang bermain.

alhamdulillah.. sampai la 13.10.2013, kita sudah setahun 4 bulan.. tapi selepas minggu itu. disebabkan suatu peristiwa.. semua hancur... ya benda yang aku takutkan terjadi.. aku kehilangan kau.. semua janji kita terlepas begitu saja.. ya allah, hanya kau yang tau bagaimana perasaan ku ketika tu.. aku jatuh.. tersungkur.. merangkak dengan semua ni.. ya ujian ni lah allah berikan pada kita... tapi kita sendiri x mampu pertahankan...sehinggalah sekarang..

aku da minta getback tapi kau x mampu berikan.. ya kepercayaan kau kat aku hilang.. aku sedar.. sepatutnya biarla kau lihat kekurangan ku sebelum kau memuji kelebihan ku.. semua ni sala aku.. aku yang x faham kau.. aku seksa emosi kau.. maafkan aku... sampai bila2 rasa bsalah ni akan mhantui..

mungkin da tertulis jodoh kita sampai disni ja.. tapi aku pernah berjanji nak belajar pastry utk kau.. in shaa allah suatu ari aku buatkan roti untuk kau.. kau kan anak jawa ala2 mat salleh.. hihi... kita da jadi kawan... tapi bak kata hafiz 'siksanya mengakui kau teman biasa, terpaksa ku terima itu hakikatnya' ... ya aku redha even sakit tu masi ada.. aku ni hanya manusia biasa yang mampu mengikut perancangan allah. yes, allah is the best planner... sampai sekarang rasa syg aku, cinta aku dengan kau masi sama.. xkan berubah. andai suatu masa kau masi perlukan aku, kau sedar akan syg ku, dtg la balik.. in shaa allah aku terima kau balik.. maafkan aku atas segalaya.. i love you.. i miss u. :'(

by hand, 
Miss D

Friday, 1 November 2013

Syurga Cinta

Assalammualaikum w.b.t

hari ni tetiba tertengok drama 'syurga cinta' .. tetiba astro tayangkan pula. jadi dari ddk melepak didalam bilik tanpa arahan tujuan, baik aku layan cerita tu... dari cerita tu banyak moral of the story yang aku rasa ada baiknya aku kongsikan dengan para pembaca entry ni..

Yang pertama berkaitan dengan jodoh.. jodoh ni ada 3 iaitu jodoh dari syaitan, jodoh dari jin dan jodoh dari allah..

  • Jodoh dari syaitan adalah yang mana perhubungan d mulakan dengan perkenalan.. d ikuti dengan melakukan maksiat seperti bzina.kemudian si gadis mengandung. dan mereka berkahwin setelah gadis itu didapati mengandung anak c lelaki.
  • Jodoh dari jin adalah sebagaimana seorg lelaki/perempuan menyintai seseorg, namun org itu tidak mencintainya, dengan kata lain tidak membalas cinta lelaki/perempuan tu, maka di sihirnya perempuan/lelaki itu akan mcintainya lalu berkahwin.
  • Jodoh dari Allah adalah dimana si lelaki dan si gadis berpandangan. lalu timbul satu perasaan syg n cinta. kemudian si lelaki datang meminang perempuan tersebut dan perempuan itu menerima si lelaki tersebut.. 
selalunya cinta dari syaitan ini banyak.. walaupun tidak smpai gadis itu mengandung, namun maksiat banyak d lakukan...
kita manusia banyak melakukan kesalahan n kesilapan kerana manusia itu dicipta sebagai makhluk yg tidak sempurna.. 

yang kedua berkaitan redha.. sekiranya orang yang hadir dalam hidup kita meninggalkan kita, walaupun org tsebut pernah hadir untuk membahagiakan kita, kita kena redha akan kehilangannya.. mungkin ada sebab kenapa dia tinggalkan kita. mungkin ada sebab allah buka hatinya untuk tinggalkan kita.. mungkin ada sebab kenapa allah rancangankan semua ni.. semua yang berlaku ada hikmahnya.. semua yg hadir dalam hidup kita ada reason nya.. 

aku juga makhluk allah yang tidak terlepas melakukan kesilpan kerana ketidaksempurnaan ku.. aku pun d tinggalkan oleh org yg aku sayang.. ya, syukur alhamdulillah aku mulai redha dengan semua ini. Allah telah aturkan yang terbaik untuk aku.. mungkin dia mahu aku lebih mendekatkan diri kepadanya... walaupun hati masih sakit n merindui insan tersebut, ya aku yakin aku boleh kuat untuk meneruskan idup ni.

allah ada untuk kita.. senantiasalah berdoa kepada allah, lagi2 ketika dalam kesenangan dan kegembiraan.. kerana allah akan mudah membantumu ketika kau bdoa dalam kesedihan.. in shaa allah..

pada entry kali ini cuma ini sahaja yg dapat aku kongsikan kepada kamu semua.. sekiranya ada kesilapan , maafkan aku.. aku maafkan semua yg bsalah kepada ku... semoga kita memperbaiki ahklak n peribadi hidup kita.. awal muharram bakal tiba dimana tahun baru untuk umat islam.. sampai disini coretan dari ku.. wassalam.. 

by hand,
Miss D_