rahsia??? ok mesti semua tertanya-tanya apakah rahsia tersebut kan.. mai semua .. yang dekat kita rapatkan mana yang jauh kita dekatkan.. sebelum tu izinkan diri ini mengucapkan selamat hari buruh untuk semua pekerja swasta, kerajaan ataupun bekerja sendiri. harap belum terlambat. ok iklan sudah tamat, teruskan dengan tujuan utama sebenar.. aku nak bagitau sapa MISS D ini. nama aku dayang siti norlizah (bukan kerabat diraja ok!) . korang boleh panggil Miss D ja.. aku new member join buat-buat blog ni. sebenarnya sudah lama terniat mahu buat cuma tiada masa ja. sekarang baru ada masa.. mesti korang tertanya-tanya kenapa aku ni teda masa kan? hahaaa, aku masi student . tapi dikira trainee la.. sekarang praktikal sana salah satu hospital d seremban (hospital di rahsia kan sementara waktu ya ) .. aku amik kos MLT a.k.a Medical Laboratory Technologist a.k.a Juruteknologi Makmal Perubatan.. haaa?? keja apa tu?? ahhhhh kalau mau tau, kamu pegi spital, bagi sampel urin ka darah ka feses ka apa-apa la, kami la orang-orang nya yang periksa then result kami dapat kami bagi doktor .. kami tolong doktor cek masalah sama sampel kamu tu..itula tugasnya.. ada lagi yang lain tapi lain kali kita sambung k. sekarang da kenal, jadi boleh berkawan kan.. ok darlink-darlink semua.. bye!
No comments:
Post a Comment